Kekur4ngan Dari Segi Fizikal Bukanlah Suatu Penghalang Untuknya Mencari Rezeki Yang Halal Demi Kelangsungan Hidup

IKLAN DI BAWAH JUDUL

Kekur4ngan Dari Segi Fizikal Bukanlah Suatu Penghalang Untuknya Mencari Rezeki Yang Halal Demi Kelangsungan Hidup

Mungkin kita semua pernah merasa penat, putus asa dan tidak mampu lagi untuk meneruskan perjuangan dalam hidup kita.

Akan tetapi, kita semua perlu sentiasa bersyukur kerana walau apa sahaja dugaan dan cabaran yang datang dalam hidup kita, kita kena sentiasa ingat bahawa ada lagi orang lain dalam dunia ini yang lebih hebat dugaan dalam hidup

Seperti seorang pengguna TikTok bernama anisa_samsudin ini, beliau boleh dikategorikan sebagai seorang insan yang hebat dan luar biasa.

Kekurangan dari segi fizikal bukanlah suatu penghalang untuknya mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup.

Menurut penjelasan dalam salah satu video yang dimuat naiknya, beliau lahir dengan fizikal yang sihat dan normal. Namun ketika beliau berumur 9 bulan, beliau telah mengalami penyakit kanser mata.

Kerana terlambat untuk merujuk ke hospital, doktor telah menyarankan untuk melakukan pembedahan pada sebelah matanya sahaja, dan tidak lama kemudian matanya yang sebelah telah berjangkit. Dan pada ketika dia berusia 10 bulan, beliau difahamkan telah menjadi buta sepenuhnya.

Namun begitu, kekurangan tersebut tidak langsung mematahkan semangatnya dalam mencari rezeki yang halal.

Difahamkan bahawa, beliau ada berniaga dengan membuat live di media sosial bagi mempromosikan barangan yang dijualnya itu demi kelangsungan hidup pada musim pandemik ini.

Bagi yang mahu membeli barang yang dijualnya itu, boleh lah tengok di akaun TikToknya atau terus mesejnya melalui Whatsapp seperti yang terdapat pada profile akaun TikToknya itu.

Melihat kepada akaun TikToknya, beliau turut turut mesra menjawab soalan-soalan yang diajukan warganet kepadanya.

Manakan tidak, dengan keadaannya itu, warganet pasti ingin tahu bagaimana beliau menjalani kehidupan seharian dan sebagainya.

Namun dalam banyak-banyak soalan yang diajukan itu, ada satu soalan yang dijawabnya, amat menyentuh hati.

Saoalan tersebut menyatakan bahawa jika beliau diberikan rezeki suatu hari nanti untuk melihat buat pertama kali, apakah yang beliau akan buat.

“Kak Anis akan tengok muka semua family Kak Anis termasuk mak ayah Kak Anis adik-beradik Kak Anis, anak-anak dan suami Kak Anis.

“Sebab Kak Anis rindu sangat nak tengok muka dorang, sebab kak Anis tak pernah tengok pun muka siapa-siapa pun,” katanya.

Tambahnya lagi, impian tersebut tidak akan menjadi kenyataan kerana doktor menyatakan bahawa saraf matanya telah rosak sepenuhnya.

“Tapi kalau nak ikutkan kata doktor, Kak Anis takde harapan untuk melihat semula sebab mata Kak Anis dah rosak habis. Saraf Kak Anis dah rosak juga.

“Jadi, ada penderma doktor nak derma mata kat Kak Anis, tapi doktor kata memang tak boleh, tak sesuai dan tak boleh. Doakan Kak Anis boleh tengok dekat syurga” katanya.

Video tersebut pun pantas menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 28 ribu kali.

IKLAN BAWAH ARTIKEL
LihatTutupKomentar

HISTATS